Sesi percambahan minda Seminar Memperkasakan Parti PAS

Antara pembentang kertas kerja dalam seminar ini ialah Prof Dr Abdul Aziz Bari dan Pensyarah kajian media Universiti Malaya (UM) Dr Abu Hassan Hasbullah. Mereka selalu membincangkan masalah kepimpinan kerajaan dan Pakatan Rakyat.

Kajian popular terhadap 2000 responden mendapati Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat (pertama) lebih popular berbanding dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kedua).Ketiga popular ialah bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Keempat popular ialah AJK Pusat PAS Mohamad Sabu. Kelima popular ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak .

Kajian itu mendapat punca kelemahan PAS ialah kelemahan kepimpinan (50 %), individu (27 %), jentera parti PAS (11 %), masalah ideologi (10 %), dan manifesto (1 %).

Kekuatan PAS disandang oleh Dewan Muslimat PAS. [1]